Khamis, 25 Ogos 2011

Sedikit Coretan Mengenai Master Hafiz


Nama penuh beliau ialah Mohd Hafiz Khoo Bin Abdullah . Beliau juga dikenali sebagai Master Khoo . Pintu hati beliau terbuka untuk memeluk agama islam setelah beliau mewarisi seluruh ilmu perubatan daripada neneknya yang merupakan china muslim berketurunan Yun Nam, china .Beliau dilahirkan di Johor Bharu sebelum beliau berangkat ke Yun Nam, China .Beliau dibesarkan di sana selama beberapa tahun untuk mewarisi seluruh ilmu perubatan warisan turun temurun keluarganya . Beliau merupakan generasi yang ke tiga selepas moyang dan neneknya yang terpilih untuk mewarisi ilmu ini . Memang tidak disangka , beliau adalah satu-satunya yang terpilih di antara kalangan adik beradiknya yang seramai 7 orang dan ahli keluarga yang lain .

Beliau mempunyai kebolehan untuk memeriksa saraf dalam badan pesakit .Beliau hanya bertindak menyentuh nadi pesakit sahaja , beliau mengetahui segala masalah yang dihadapi oleh pesakit . Disamping itu , beliau pandai mengunakan cara akupuntur untuk membetulkan saraf pesakit . Selain itu beliau mempunyai kepakaran dalam berbekam contohnya bekam angin dan bekam darah . Seperti mana yang kita ketahui berbekam adalah Sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang diwasiatkan oleh malaikat . Jadi kita disunatkan untuk berbekam untuk menghilangkan segala penyakit . Hal ini kerana ada Hadis mengatakan berbekam boleh mengubati 72 jenis penyakit .Ada lagi yang lebih istimewa, berbekam yang diusahakan oleh Master Hafiz ini mengabungkan kaedah china dan muslim .

Disamping itu , beliau mewarisi kaedah kuasa untuk mengeluarkan angin dalam badan selain daripada berbekam angin . Rawatan berbekam yang diusahakan oleh beliau merupakan rawatan tradisional, tidak mengunakan sebarang alatan teknologi yang terdapat pada zaman alaf baru yang serba moden ini. Selain itu, beliau juga mewarisi minyak halia keturunan keluarganya yang telah diusahakan turun temurun sejak 195 tahun dahulu lagi. Master Hafiz yang merupakan generasi baru ini bertindak menyambung kembali minyak halia warisan keluarganya supaya kekal dan tidak ditelan zaman yang semakin maju ini yang mampu mencipta pelbagai jenis ubat. Minyak ini boleh mengubati segala penyakit yang berkaitan dengan sendi dan ketegangan otot. Apa yang lebih istimewa mengenai minyak halia ini adalah minyak ini tidak berminyak atau melekit kerana minyak halia ini dihasilkan daripada air rendaman 100% halia yang hanya boleh didapati di Yun Nam, China. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan