Rabu, 24 Ogos 2011

Rawatan Bekam

Pusat Rawatan Alternatif Al Hafiz menyediakan khidmat rawatan kepada anda seperti bekam angin , bekam darah dan akupuntur . Ada apa-apa pertanyaan sila hubungi 019-3294848 / 013-9699666 .

Kami sedia menjalankan khidmat rawatan bekam di rumah atau pejabat anda. Anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa, insyaAllah kami akan aturkan temujanji untuk sesi rawatan di rumah atau pejabat anda. Bayaran untuk sesi rawatan ialah RM 70.00 seorang (bekam angin ) . satu-satu sesi rawatan $ 40.00 untuk kawasan kampar dan taiping perak sahaja .

Bagi anda yang berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 5 orang (jiran/ saudara mara) untuk menjalani sesi rawatan di rumah anda, rawatan percuma akan diberikan kepada anda.

A. APA ITU BEKAM (AL HIJAMAH)

Bekam ialah perkataan Melayu untuk proses pengeluaran darah kotor (toksin) dari badan melalui permukaan kulit. Bahasa Arab pula ialah Al-Hijamah yaitu membuang darah kotor dengan tujuan membersihkan darah yang mengalir dalam tubuh. Inilah salah satu cara DETOKSIFIKASI yang berkean serta selamat dengan tiada kesan sampingan. Kulit adalah organ yang terbesar dalam tubuh karena itu banyak toksik berkumpul disitu.

Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghapuskan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan.

Sejak Zaman mesir kuno lagi kaedah berbekam menjadi amalan bagi penyembuhan pelbagai penyakit, seperti sawan (epilepsy) angin ahmal (stroke), hinggalah ke penyakit yang ringan seperti masalah kulit dan letih – lesu. Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi karena berpandukan hadits – hadits yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam.

Nabi Muhammad Saw merupakan insane yang pertama dibekam para Malaikat dengan perintah Allah Swt sebelum Isra. Penjelasan dalam hadits Riwayat Ibnu Majah menerusi Katzir bin Salim :

Selama Aku Berjalan pada malam Isra bersama para Malaikat, Mereka selalu berkata "Hai Muhammad, Suruhlah Ummatmu berbekam"

B. MENGAPA HARUS BERBEKAM

Tubuh yang sehat dan minda yang cergas adalah factor penting dlam hidup seorang individu demi melaksanakan tanggungjawab kehidupan mereka. Tetapi jika terdapat terlalu banyak toksid dalam badan, ini akan menyebabkan statis darah atau penyumbatan darah, dimana system darah tidak berjalan dengan lancar. Keadaan ini sedikit demi sedikit akan menggangu kesehatan baik fisik maupun mental seseorang. Akibatnya Orang tersebut akan terasa malas, murung, sering mengeluh kurang sehat, mudah bosan, dan selalu terasa tertekan. Jika ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, maka akan berakibat si Pesakit tergangu emosinya sehingga perlu mendapat perawatan kejiwaan.

Statis darah mesti dikeluarkan melalui cara apa sekalipun, malangnya obat-obat allopaty tidak dapat bertindak demikian. Jadi kita mesti mencari rawatan alternative yang dapat bertindak mengeluarkan toksid itu dengan secepatnya supaya badan pesakit tidak lemah dan diserang penyakit. Salah satu rawatan yang paling berkesan ialah dengan berbekam dan disinergikan dengan Penawar-penawar herba Al Wahida (HPA).

Ada 2 jenis bekam yang digunakan.

1. Jenis Basah (Wet Cupping) atau Bekam Darah. Disini permukaan kulit dilukakan menggunakan lancet (jarum tajam) kemudian disekitarnya disedot untuk mengeluarkan sisa-sisa toksid dari badan. Setiap sedotan dibiarkan selama 3 - 5 menit, kemudian dibuang kotorannya. Banyak sedotan tidak lebih dari 8 kali. Darah toksid kelihatan hitam pekat dan berketul serta berbuih atau berkaca. Jarak masa utuk mengulangi bekam ditempat yang sama ialah 3 - 5 minggu. Bekas luka akan hilang dalam masa 2 - 3 hari jika diurut dengan miyak But-But dan tempatnya tidak terkena air selama 3 jam setelah berbekam.

2. Jenis Kering (Dry Cupping) atau Bekam Angin. Efeknya sama baik untuk melegakan kesakitan secara emergensi tanpa melukakan kulit. Ia amat baik bagi pesakit yang tidak tahan sakit (terkena tusuk) dan tidak boleh melihat darah. Bekam jenis ini akan kelihatan memar selama 1 atau 2 minggu. Bekam ini sedotannya hanya sekali dan dibiarkan selama 15 - 20 menit. Pemberian minyak But-But pada bekam ini juga untuk menghilangkan kesan memar lebih cepat.

Berbekam adalah perobatan Islam yang Rasulullah SAW amalkan sehingga menjadi sunnah. Sejarah di dunia terutama di China, mereka adalah orang yang mengutamakan bekam. Di Eropa mereka terkenal dengan membuang darah dalam perobatan. Mengapa pula kita orang Islam yaNg sepatutnya mewarisi perobatan ini tidak mencoba memperkenalkan perawatan bekam sebagai perawatan alternatif disamping menggunakan Penawar Herba Al Wahida (HPA). Insyaallah jika kita sama sama belajar kearah yang mudah ini semoga Allah akan melahirkan keistimewaannya untuk kita lihat dan kita rasakan. Amin.

 

 

2 ulasan:

  1. Saya ada mencuba rawatan bekam angin dan rawatan bekam darah.. Namun perkhidmatan yang diberikan kurang memuaskan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nk tanya anda menerima rawatan kat bila ? jika anda ada sebarang pendapat , sila bgi thu kami . tk

      bleh dihubungi 013-9699666/019-3135432

      Padam